Daisypath Wedding Ticker

Sunday, August 31, 2008

Saturday, August 30, 2008

Container - Products you can order

Di Ole-Ole Berkat selain Kak Tukang mengambil tempahan untuk berkat majlis perkahwinan dan yang sewaktu dengannya, pelanggan-pelanggan yang berminat boleh jugak membeli/mengoder bekas-bekas kosong dari Kak Tukang, lepas tu bolehlah decorate ikut bajet dan citarasa sendiri. Mudah kannnn!!!

Antara bekas yang boleh beli kat sini as below


small oval


small round - tall


small square - short


small square - tall


small round - short


medium round - short

ada jugak other shapes like heart shape, square medium, oval medium, oblong medium pokoknya yang sedang2....pulak tu yang saya buat samples ni sume nye small size sebab rasanya lebih sesuai untuk dijadikan berkat...tak besar dan tak kecik sangat....just nice jerrrr (samples yang lain tak sempat di snap, awal-awal dah kena kebas....kijam kijam kijam...uwaaaaa)




Ini more pix untuk tunjukkan diff sizes and height.


So guys, please email me at oleoleberkat@gmail.com for any enquiries. TQ
Beli lebih banyak lebih murahhh....biasalaaaa....kat mana2 pun cenggini kan.



Tak pun boleh jugak la surf kat sini


http://www.shoppe4shopaholics.com

Friday, August 29, 2008

Backdate entries......bolehhhhh?@#$%*

Hentam je laaaa!!!

Yess all, m back finally!!! Memang akan muncul pun, cuma cepat lambatnyer je la. Entah kenapa sebelum 'bertamu' lagi saya bagai tak cukup masa nak membelai manja blog ni, memang sarat dada menanggung rindu tapi masa bagaikan tak mengizinkan langsung....jangan tanya kenapa, kerana saya sendiri tak dapat memberikan jawapan pasti, bimbang sekadar memberi alasan untuk menutup kelemahan diri.

Lama sunggug saya tak menggoreng kat sini....diam tak diam since end of August rupa2nyer....

Takpe lah, oleh kerana saya sedar blog saya kosong kelontang tak sesendat isi blog orang lain, maka dengan sedar diri dan rela hati....ni saya nak start balik lah menggoreng, bukan setakat garing, kasi rangup krup-krap ditambah secukup rencah dan rempah-ratus. Kalau pun tak boleh nak menaikkan selera orang lain, sendiri sentiasa berselera mengadap pun sudah lerrrrrrrrrrr.....ekekekeke

Dengan rasa tak berapa bersalah, here me hidangkan backdate entries untuk memuaskan hati sendiri......taram je laaaa!!!

* please take note originally this entry was posted on the 24th Ocotber 08 (pssstt about 2 months from the recent date.....sshhhhhh!!!!)

Thursday, August 28, 2008

The Outcome..........Trivia

Yerrrr.....Kereta Pengantin......

Begini Ceritanya......sebenarnya arrangement dengan kakak ipar pengantin ni dah dibuat berbulan awal. Sebabnya, abang pengantin anak beranak macam dah Kak Tukang mentioned eralier....nak pegi bercuti. Asalnya, abg pengantin berpesan SUV warna silver di rumahnya di Taman Melawati tu akan dijadikan kereta pengantin majlis bertandang nanti. Plan diatur, pengantin sendiri pun aware pasal ni, dah tu, Kak Tukang pun dengan senang hati buatlah preparation siap2, beli la material....senang dah beli awal, boleh concentrate mengebet benda-benda lain yang memang kena disiapkan sebelum kak tukang pulak berangkat. Hari yang dijanjikan pun tiba....lorrrrrrrrr.....rupa2nya pengantin tak dapat arrange untuk bawak balik si silver ke sini....camner tuuu???

Apa lagi....camni lerrrr......dari Silver dah jadi Metlallic Maroon.....sabor je laaaaaaaaa!!! Nak tak nak, kena jugak la dibega2.....maka.....

Taraaaaaaaaaaaaa!!!!





Peranjat jugak lerrrr mula-mula....tapi apa nak kata....hajat dan amanah abang dan kakak ipar pengantin mesti dikota....kang berasap kak tukang menanggung!!! Apa-apa pun....pengantin pompuan memang kool habesss.......magic word nyerrrr

Kak Tukang : Camana ni Tin?? Nak proceed jugak ke?
Atin : Atin tak kisah kak....apa2 pun boleh....
Kak Tukang : bla bla blaa blaaaa
Atin : Tak perr la kak, kesian kak Asla dah arrange, kita buat je la apa
yang ada ni.....Atin tak kisah.....

Manjang TAK KISAH......agak2nye ada tak bakal pengantin lain yang macam Atin!!!!! Bahagia kak tukang.....hehehehe

Renung-Renungkan......


When a woman observes the five time of prayers, fasts during Ramadan, preserves her chastity, and obeys her husband, she may enter by any of the gates of paradise she wishes.
(Abu Nu'aim).
(Sayings of Muhammad. by Prof. Ghazi Ahmad).

Friday, August 22, 2008

HAPPY 8th BIRTHDAY NAIMI MUNIRAH a.k.a Darling



to my little girl "Darling".....you're growing up so fast...dah tak boleh cry2 tak tentu pasal lagi, takleh jerit2 sesuka hati like you always do....aling dah besar, habit pakai baju busuk papa time nak tido malam pun dah nak kena stop tuuu....you're dah kakak now....(sebab dah besar kannn) okayyyy!!!! Kek pun dah potong, pezen pun dah dapat....promise papa & mama you'll be a good girl, better from yesterday and be anak yang solehah....till your next celebration!!!

Loves from all of us!!

Wednesday, August 20, 2008

Recent Project







As I story-mory earlier.....this is one of the "projects in progress"....raw materials nyer dah ader, main item nye tak sampai-sampai lagi.....tunggu la sampai petang sket, mungkin ada aral melintang...... Sebenarnya, ini hajat kakak ipar pengantin pompuan yand tak dapat bersama-sama meraikan majlis bertandang kat Segamat 23hb sabtu ni. Abang pengantin pompuan sekeluarga cuti makan angin ke Scotland dan negara2 yang sewaktu dengannya. Berkali-kali kakak ipar pengantin menitip pesan...."tolong ye ngah.....decoratekan utk diorang bawak pegi bertandang nanti"....karang sekian-sekian haribulan kak sela arrange hantar kat kak ngah....buatlah macam mana pun.... macam kawin anep aritu pun ok gak....kita guna the same one la....ubah decoration nye je.

Tuesday, August 19, 2008

Special Quotes




10 TRUE LOVE QUOTES celebrating the Wedding Season

Jimi Hendrix said, "When the power of love overcomes the love of power the world will know peace." Love is a powerful emotion that can build or destroy civilizations. It can sweep rational thought out of our mind. Love, like other emotions, changes over time. "First love" is a heady mix of passion and attraction. "Young love" is all about mutual admiration and friendship. As the years go by, love develops into an emotional bond and provides a sense of security. As lovers grow old, love matures into respect and interdependence. When you read passionate love quotes, you are reminded of all the people who care about you.


Love is a smoke made with the fume of sighs.
Being purged, a fire sparkling in lovers' eyes.
Being vexed, a sea nourished with lovers' tears.
What is it else?
A madness most discreet,
a choking gall and a preserving sweet.

William Shakespeare


"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person".

Mignon McLaughlin


"Marriage - a book of which the first chapter is written in poetry and the remaining chapters in prose".

Beverley Nichols


"Sometimes we let affection, go unspoken,
Sometimes we let our love go unexpressed,
Sometimes we can't find words to tell our feelings,
Especially towards those we love the best."

Anonymous


"Love is when you look into someone's eyes and go all the way inside; to their soul and you both know... instantly!"

Angela Chase


"You'll discover that real love is millions of miles past falling in love with anyone or anything. When you make that one effort to feel compassion instead of blame or self-blame, the heart opens again and continues opening."

Sara Paddison


"Truly loving another means letting go of all expectations. It means full acceptance, even celebration of another's personhood."

Karen Casey


"True love is when your heart and your minds are saying the same thing."

Leanna L. Bartram


"May no gift be too small to give,
nor too simple to receive,
which is wrapped in thoughtfulness
and tied with love."

L. O. Baird


"Those that go searching for love, only manifest their own loveless ness. And the loveless never find love, only the loving find love. And they never have to seek for it."

D. H. Lawrence

Not enough time.......

Lama tak update.....ha'ah...I admit...kenapa??? Sebab saya hanya ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum bercuti panjang. Recently menyediakan beberapa persiapan untuk tempahan majlis bertandang 23hb nanti, Apa ye....tunggu Kak Tukang upload gambar selepas tugasan selesai. Sambil-sambil konfirmkan order bekas2 hampers yang akan saya sambung kerja sebaik pulang dari bercuti panjang nanti. Senang kalau dah order siap-siap, takde lah nak pening-pening kepala stok tak mencukupi, harga barang/transport terpaksa dinaikkan di saat-saat akhir. Tapi terkadang, walaupun seboleh mungkin cuba untuk mengelakkan kejadian2 alam tadi, kadang2 berlaku jugak.....disebabkan last minute order atau tambahan order.

Weekend sudah, alhamdulillah, kami selamat buat majlis kenduri kesyukuran dan tahlil arwah, mini chocmoist cuppies yang disaat2 akhir saya baked untuk majlis tu menambahkan senarai tempahan Kak Tukang untuk musim kenduri kawin akan datang. Ucapan jutaan terima kasih pada Kak Sham (sifu), yang dengan murah hati menurunkan ilmu chocmoist nyer yang sedap giller....maklumlah, chocmoist kak sham ni dah puas terbang di awan biru bersama AirAsia sebelum menarik diri dan bergiat aktif dalam aktiviti dakwah. Tempahan mini chocmoist tu Kak Tukang buat dengan decoration nye sekali. Pelanggan kata dia nak, sampai kat tangan dia dah tak payah nak dibega-bega....terus je boleh hulur kat tetamu. InsyaAllah, Kak Tukang buat sedaya upaya yang termampu. Mungkin kotak comel bakal jadi pilihan utama....apa-apa pun bajet pengantin didahulukan. Jangan lupa jugak dapatkan muffins dan cuppies sedap daripada mbok ranggi dan muffins-monster.....tycoon besar baking-membaking ni. (sila cek link)

Lain daripada tu, Kak Tukang nak melunaskan janji....ya....pegi makan angin. Ke mana....yang pastinya....tempat yang berangin dan yang betul2 boleh makan angin. Terasa masa tersangat suntuk....sepanjang bulan Ogos ni, terkejar2 sungguh. Tau-tau dah hampir ke penghujung. Ramadhan pun dah nak dekat, tapi bukan bermakna sebulan penuh Ramadhan boleh besilang panggung.....trend kenduri kawin musim raya nampaknya kembali rancak....itu bermakna....kena pandai2 la mengisi Ramadhan dengan aktiviti beribadah dan menyiapkan tempahan.....InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Sunday, August 17, 2008

Special Quotes


"You can fool all of the people some of the time;
you can fool some of the people all of the time,
but you can't fool all of the people all of the time."

---Abraham Lincoln

Friday, August 15, 2008

Special Quotes


"You never really understand a person until you consider things from his point of view....until you climb into his skin and walk around in it."



---Atticus Finch

Wedding Atin

These are the "hantaran" daripada Atin kepada sungami, sungguh frustrated dengan quality gambar dan positioning yang tak semenggah oleh Encik photographer. Dah takde rezeki Kak Tukang nak dapat gambar cantik dan senonoh utk row of hantaran ni.



Kebetulan gambar-gambar ni je yang dapat diselamatkan sebelum internal hard disk tu tergodam dan termusnah bersama koleksi gambar-gambar yang lain. Mana yang ada samples, boleh la di tangkap semula....mana yang takde tu....Innalillah je lah. FYI, gambar2 hantaran Atin ni ditangkap awal based on 80% completion. So, close-up setiap jenis hantaran tu memang tak de dah dalam simpanan. Mungkin boleh mintak Atin bagi copy later on. Buat masa ni ini je lah yang ada. Enjoy viewing....chow!!

Wednesday, August 13, 2008

PREGNANCIES & BABIES TALK

You must be wondering why....I have this topic repeatedly lately.....Well....as usual, I have the reason why....talk about it later afterwards. Tungguuuuuuuuuuu!!!

after 12 hours....

Yeahhh...m back with the answer. Sebenarnya gini, sejak kebelakangan ni, saya dijeleskan dengan berita sorang demi sorang kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai jauh dan dekat yang bakal menimang cahaya mata. Ada yang kali pertama bakal jadi ibu, ada yang dah UPP sket ke konstable, sarjan, sarjan major dan pangkat yang lebih tinggi dan tinggi dan tinggi malah ada yang dah nak dapat paku....ekekeke!!! Tumpang seronok mendengarnya....ada sesiapa ke yang takde kawan nak pegi shopping barang baby....saya secara sukarela menawarkan diri meneman....anytime!!! But of cox korang bayar sendiri la yerrr!!!

Sudah semestinya....bakal menimang anak buah sendiri amat lebih bermakna la kan (selalu tak timang pun....keroyok jer)walaupun sebenarnya ini membawa makna ....bajet duit raya tahun akan datang...dan berikutnya akan semakin shrinking laaa...ekekekeke!! Acah jerrr!!! Saya sendiri menunggu 2 babies, sorang by this coming end Ramadhan, and the other one by early next year. I guess these charts and info attached in this blog will benefit them in many ways.

Apa2 pun, bagi yang masih mencuba....jangan putus asa....teruskan perjuangan anda!!! For my best buddy in Ipoh....(you know who you are!!!!)....manafaatkan dapur & kitchen cabinet baru anda.....!!! Pastinya bakal melakar sejarah.....ngaaaaaaaaa

Pregnancy Calendar

Sunday, August 10, 2008

Quotes of the day



Sisters are different flowers from the same garden.

Why "kak Tukang"#@$*&??

Hrrrrmmmm.......from the first day blogging this is one of the FAQs....hehehehe. Topic of the day....Only just now, a cousin of mine in Singapore called up to congratulate me on this "kejayaan"...(finally I am a Blogger....ekekekek)and part of our communication when I was in the car on my way back:-

Cousin : "Wahhh...Kak Tukang sehhhhh!!! Macamana dapat kak tukang bla bla bla"
me : "Yess laaa my nick...just feel like nak address myself as "kak tukang jerrr"
Cousin : (Sigh)...."ok la....ole-ole what....yess berkat...ole-ole berkat"
waahhh...bla bla bla bla"
me : (dalam hati......"cik idah ni tak hengat agaknye, she's the one la yang
always sebut buahtangan kenduri kawin as "berkat" and she's the one also
yang bagi I idea masa nak start "branding" my kerjatangan when she was
in the US)
Cousin : ok laaa....wah kak tukang ekkkkk (again)
me : (sigh)....hentam je laaa

We finished our conversation about 15 minutes later.

Then, suddenly I realised...ha'ah ekkk ramai betul yang tanya kenapa "kak tukang".....bukan sorang dua, tapi almost everyone (yang closest to me la)...then all the way back I started thinking of the answer....kalau tak dapat puaskan hati pun, at least dapat la bagitau the reason why kannn......and the answer m going to give is base on agak-agak situation je.

Konon-kononnye gini laaaa, MAYBE la yerrr...because...me in the family, in my community, among friends and in many situations always jadi tukang buat....contoh...kalau ada wedding..."meh la kakak jadi tukang buat itu...tukang buat ini. Kalau ada family member nak makan apa-apa pun (but not dishes!!! hehehe).....so, I'll be the one yang jadi tukang buat.....tapi yang senang2 je la...DIULANGI...yang senang2 saaajerrrr. And in this case, bab kebet2 berkat and such ni memang I akan jadi "tukang"nye....so jadilah....."K A K T U K A N G".......

p/s harap yang dah berkali-kali menanya tu, telah pun berpuashati sekarang...walaupun jawapan tak dihuraikan dengan sempurna...tapi apa2 pun...."lu fikir laaaa sendiri...." ngaaaaaaaa

Saturday, August 9, 2008

Muddaththir nak dapat adik - the progress

More about babies and free baby samples

Kak Tukang and family is expecting our newest buddy in our family, InsyaAllah (please refer the chart above)....adik ipar sesatunya pompuan yang menjadi harapan negara untuk terus menambahkan jumlah bilangan ahli keluarga kami yang dalam kategori kecil-kecilan ni. Nampak gaya dia sorang la kena bekerja-keras untuk meningkakan produktiviti pengeluaran bagi tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang....kenapa?? Sebab kilang-kilang lain tidak mampu beroperasi berikutan kenaikan segala bentuk kos sejak-dua menjak ni. Selain dari kilang-kilang yang tidak akan beroperasi, terdapat jugak lain-lain masalah berbangkit.

Will story mory later.....

Quotes of the day



My precious little baby
I have loved you from the start
You are a tiny miracle
Laying closely to my heart
Each day I feel your presence
Each day you quickly grow
Each day your heart beats softly
As only I could know
So I'll keep this in a special place
And remember each year through
Of this very special time of life
The months I carried you

Friday, August 8, 2008

Let's see how much money you have spent......


More about babys and free baby samples

Quotes of the day



Sometimes the smallest package give the biggest love.

Thursday, August 7, 2008

The Contras - Soft Apple Green vs Mix Brown







The combination of two different colors and materials used. But they are placed on the same "Pelamin", the same "Pengantin". Let see how do they looked like when they were displayed together.

Quotes of the day



Architecture is frozen music. - Johann Wolfgang Goethe

Wedding Favors/Ole-ole - Pak Salleh's daughter




These Ole-ole berkat ordered by my parents' good friend for their daughter's wedding. She's expecting something traditional since her son in law is a french man, staying abroad and flying over to malaysia just for the reception. Having not so traditional, but these just caught her eyes and I was so happy she liked them so much....so do the bride and groom...I heard!!! Alhamdulillah

More close-ups here....

Quotes of the day



F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

Good Friend Test - REAL FRIEND TEST !!
A simple friend, when visiting, acts like a guest.
A real friend opens your refrigerator and helps himself.
A simple friend has never seen you cry.
A real friend has shoulders soggy from your tears.
A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.
A simple friend brings a bottle of wine to your party.
A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.
A simple friend hates it when you call after he has gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.
A simple friend seeks to talk with you about your problems.
A real friend seeks to help you with your problems.
A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it.
A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend calls you after you had a fight.
A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

If friends were flowers I'd pick you!

Wednesday, August 6, 2008

Mini Hamper



Part of mini hampers above ordered by customer or maybe I would say it's a corporate order....chewah. Very simple gift but, it's actually the thought that count. This mini hamper ordered by a Head of department to distribute to all the staff....just imagine la kan. So biar kecil but very meaningfull. Kan bagus kalau semua boss camni....macam kak tukang layan diri kak tukang laa.....sendiri boss sendiri kuli....bolehhh??


These batch ordered by another company for their vendors and collabarators. These mini hampers look similar to the one I showed above, but actually the difference here was the content and the decoration. Still the contents are dodol and wajik sirat, but the difference here were the quantity of the dodol and wajik. These hampers contained a half kilogram pack of dodol. So here are they.....if you can spot the difference.....just try your luck!!

Regret

I am so sorry guys....I have to use slideshow instead of single pasting pix, everything is saved in my picasa gallery, I don't have any idea on how to upload from picasa to blog. So sorry if the page doesn't fancy your eyes....and I really mean it!!! Enjoy viewing

Majlis Cukur Jambul

Majlis cukup jambul my nephew Muhammad Izz Muddaththir Hj. Muhammad Hasnul Waffa. The bunga pahar is for the Marhaban recitors group conducted by Mud's Tok. Kak Tukang also prepared something for the guests to take home. Simpe but meaningful and ikhlas dari tuan rumah.

Wedding Favors/Ole-ole

Finished with hantaran, just feels like so incomplete if not mentioning on the Wedding Favors/Ole-ole....so let's see what the guests carried when they walking back from Waffa & Ayu's wedding that day....let's peep!!!



Hantaran - Waffa & Ayu

These hantaran kahwin is my special dedication to my only brother and the only son in the family la gamaknya. Mamat ni tau sume siap jer....but of cox the isi dulang tu kena la beli sendiri ye dakkk....kalau tidakkk....bongkok tiga 1/2 la kak tukang!!! Since this occassion is the last pengantin in the family of our batch so rasa nak apply every single concept kat situ.....that's truly impossible deffinitely. Whatever it is, I do what I think I should do, and I just belasah je anything yang terbayang kat dalam kepala. Jalan-jalan nampak traditional items, I rembat, because yang terbayang in mind....biarlah ada ciri-ciri tradisional yang utuh disebalik English decoration yang always be my first choice.

Tuesday, August 5, 2008

Wedding Zuki & wife





This order was for my sister's friend in Kuching, Sarawak who is actually a Kelantanese. I have never seen him before and there was no communication at all between me and him. This ole-ole was for the groom (pengantin lelaki) side. So in this case, my sister acted as the middle person (jadi kak nam la lebih kurang), so whatever my sister instruct me to do, I just follow only. I make 500 pcs of this decorated box, then as agreed by the groom I put 4 pcs of "Almond London" cookies inside the box. The nice and sedap Almond London ordered from my sister in law (you should try!!...promo sket). So base on the discussion between my sister and the groom, and base on the preferred theme color, I came out with this decoration...and of course must suits with bajet pengantin dulu. If I'm not mistaken, I have to wait for couple of months for the flower itself to be ready in stock (last time story la...now easily can find it anywhere esp in SSF...one of my favourite stores).

Finish with the first abovementioned 500 pcs ole-ole, I actually have another 500 pcs gifts for this pengantin. The other 500 pcs gifts are made of cinnamon sticks. Believe me, I have to go cari-cari, survey and finally managed to get the cinnamon sticks ordered in bulk....and again I have to face another problem in finding the same size and thickness of the cinnamon sticks. Baru the decoration will look nice...knowing the cinnamon sticks will usually comes in many sizes and thickness. Nasib baik tokay kedai tak hangin tunggu Kak Tukang dari berdiri ke menonggeng, pastu mencangkung, last-last siap mintak apek tu kerusi. Apek tu pun tak berani nak banyak tanya....masyukkk la pulak kannn!!! Mau nyer tak, nak jadikan 500 pcs of gifts tu, berapa banyak dia huntung....Kak Tukang jugakkk yang seksa sebenarnya. Again....this is a long long time fairy tale story laaa....nowadays, very easy to get this cinnamon sticks, kat mana-mana kedai jual kraftangan pun dah boleh cari menatang ni.

Quotes of the day

L.O.V.E

I love you when you're laughing
I love you when you're sad
I love you when you're happy
I love you when you're mad
I love you when you're smiling
I love you when you're true
But the reason why I love you
IS JUST BECAUSE YOU'RE YOU!!

Majlis Cukur Jambul

This bidan terjun order was specially for baby Mohammad Yunos (better known as Nonosh), my cousin's only son (as per todate...hehehe). Out of the blue, majlis cukur jambul Nonosh was planned, and of cox the jemputan must be given something to take home other than "bontrot" (javanese word means berkat/buahtangan)so having a short discussion with the mother, Kak Tukang selongkar-selongket whatever I have inside my magic treasure box, where got time to go out to find other stuff, Kak Tukang just guna whatever in front of my eyes and here's what we have for that particular majlis cukur jambul......

I was so senang hati, the gifts finally done...I would say nampak senonoh lah, since I only have 3 hours to finish up 30 pcs of this. Maybe I need to describe a little bit here since you guys couldnt see what is actually being wrapped with the green organza. It is actually a free gift, when my emak and emak sedara went shopping for their kitchenwear (bila dah rambang mata....shopping x hengat sampai boleh dapat the freegift....30pcs altogether). So all the 30 pcs tu they give la....ala-ala sponsor gituuuu!!! It's actually a cute porcelain craft bentuk baby socks....what a coincidence, sesuai sangat la for majlis terkejut ni. I just wrap sikit to cover sebab ada yg color pink, Nonosh is a baby boy kan, so cover la sikit!!!

House Warming - A Gift


My customer moved to their new house couple of months ago and she wanted to give a small gift as a token of appreciation to the guests yang datang bertandang....(cam pelik cox normally house warming tetamu yang bawak prezen untuk tuan rumah....ini sudah terbalik daaaaa.....whatever la....asalkan tuan rumah bahagia)....ekekeke. So she wanted to have somthing simple for the guests to bring back. With the budget she suggested, I came out with this simple favor. And I am so relieved she liked it so much and the same goes to their guest whom walking home with a great smiling face. Kak Tukang pun dapat gak bawak balik not one, not two but 3 pcs....macam rasa buruk siku la pulak....rezeki jangan ditolak....

Friday, August 1, 2008

A Tribute - Ayah....how we miss you so!!!


Tarikh ini......hari yang sama, Jumaat 6 bulan yang lalu,iaitu 1hb Februari menjadi satu tarikh yang tidak akan mungkin kami lupakan sampai bila-bila, hatta mengingatkannye saja cukup menyesakkan dada. Harapan yang kami pegang teguh untuk menyaksikan ayah membuka mata buat kali pertama selepas melalui pembedahan pintasan jantung 3 hari yang sudah membawa kepada penantian yang tidak berpenghujung. Pada tarikh itu, ayah pergi meninggalkan kami mengadap Penciptanya, yang Maha Esa. Kami Redha, jika memang ditakdirkan itu bukan pilihan yang kami ada. Sesungguhnya tidak akan sesaat awal mahupun terlewat.

Tatkala pilihan sama ada untuk membiarkan ayah terus bertahan dengan segala jenis bantuan mesin pernafasan dan jangkahayat yang melengahkan perpisahan itu, atau kami dengan rela hati dan tawadhuk memberi persetujuan untuk membenarkan pihak hospital menghentikan segala bantuan ke atas tubuh kaku ayah di katil wad ICU, Institut Jantung Negara malam itu. Usai perbincangan, kami anak beranak, dengan berat hati dan keterpaksaan, memberi persetujuan agar ayah tidak terus terseksa. Tiada apa yang dapat kami hulurkan buat kali terakhir untuk ayah tercinta satu-satunya, selain doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang tidak putus-putus.....kecuali keputusan yang satu ini malah hakikatnya disaat itu, inilah yang terbaik untuknya. Situasi yang paling tidak disangkakan, malah yang paling kami semua elakkan.....jangankan menyebutnya, memikirkan pun tidak sama sekali.

Kira ditanya, sesungguhnya hakikat ini memang teramat sukar untuk diterima, walaupun dengan keadaan ayah yang sangat lemah dan menahan kesakitan sekian lama sebelum bersetuju dengan pembedahan itu, dimata kami semua kelihatan ayah tabah dan kuat melaluinya.....kami menjangkakan ayah mampu melepasi situasi kronik di IC itu, setabah dia melalui 6 jam tempoh pembedahan sebelumnya....tapi kita hanya merancang dan mengharap, Allah swt sahaja yang mengetahui segala apa yang terbaik untuk umatNya.

Hari ini, dengan kekuatan dan kesihatan baik yang Allah berikan, dengan izinnya, hanya pusara Ayah yang sedaya upaya mungkin kami kunjungi setiap minggu, demi mengusaikan rindu pada Ayah yang sarat bersarang dihati dan tidak mungkin akan pernah padam.....selama-lamanya. Tidak ada sebarang nilai hatta sebesar zarah sekalipun kini, segala apa yang tidak sempat dikongsikan bersama ayah semasa hayatnya selain doa yang InsyaAllah akan sentiasa kami panjatkan buat ayah selagi hayat dikandung badan. Hanya itu saja bekalan daripada setiap anak-anak yang bermakna buat Ayah kini atas pengorbanan membesarkan kami selama ini. Tidak akan ada lagi bualan, tidak mungkin akan ada lagi tempat kami mengadu masalah, berkongsi pendapat dan cerita dari insan yang kami panggil Ayah selama ini. Hanya Emak disisi... yang juga tidak terselam keperitan, kesunyian dan kesedihan yang bersarang dihatinya, tinggallah dia bentuk amanah yang Ayah tinggalkan untuk kami 4 beradik melaksanakan tanggungjawab seperti ayah menjaganya selama ini. Terasa sempit dunia dirasa, kerana yang dirindu tidak akan pernah boleh muncul lagi.

Ya Allah, semoga Kau mencucuri Rahmat ke atas roh ayah, dan menempatkan ayah di kalangan hamba-hambaMu yang beriman......Amin. AL-FATIHAH

"Ayah....you'll always on my mind.....the memories of every moment that we've gone thru together will always change to be your shadow.....forever"

Quotes of the day

M.O.T.H.E.R

A mother's love for her child is like nothing else in the world. It knows no law, no pity, it dares all things and crushes down remorselessly all that stands in its path. - Agatha Christie

Quotes of the day

D.A.D

You've taught me so much,
I've watched how you live -
how you chase after life,
You inspire me to greater things
Dad you are my inspiration.

God made you my DAD
LOVE made me your FRIEND.