Lama tak update.....ha'ah...I admit...kenapa??? Sebab saya hanya ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum bercuti panjang. Recently menyediakan beberapa persiapan untuk tempahan majlis bertandang 23hb nanti, Apa ye....tunggu Kak Tukang upload gambar selepas tugasan selesai. Sambil-sambil konfirmkan order bekas2 hampers yang akan saya sambung kerja sebaik pulang dari bercuti panjang nanti. Senang kalau dah order siap-siap, takde lah nak pening-pening kepala stok tak mencukupi, harga barang/transport terpaksa dinaikkan di saat-saat akhir. Tapi terkadang, walaupun seboleh mungkin cuba untuk mengelakkan kejadian2 alam tadi, kadang2 berlaku jugak.....disebabkan last minute order atau tambahan order.
Weekend sudah, alhamdulillah, kami selamat buat majlis kenduri kesyukuran dan tahlil arwah, mini chocmoist cuppies yang disaat2 akhir saya baked untuk majlis tu menambahkan senarai tempahan Kak Tukang untuk musim kenduri kawin akan datang. Ucapan jutaan terima kasih pada Kak Sham (sifu), yang dengan murah hati menurunkan ilmu chocmoist nyer yang sedap giller....maklumlah, chocmoist kak sham ni dah puas terbang di awan biru bersama AirAsia sebelum menarik diri dan bergiat aktif dalam aktiviti dakwah. Tempahan mini chocmoist tu Kak Tukang buat dengan decoration nye sekali. Pelanggan kata dia nak, sampai kat tangan dia dah tak payah nak dibega-bega....terus je boleh hulur kat tetamu. InsyaAllah, Kak Tukang buat sedaya upaya yang termampu. Mungkin kotak comel bakal jadi pilihan utama....apa-apa pun bajet pengantin didahulukan. Jangan lupa jugak dapatkan muffins dan cuppies sedap daripada mbok ranggi dan muffins-monster.....tycoon besar baking-membaking ni. (sila cek link)
Lain daripada tu, Kak Tukang nak melunaskan janji....ya....pegi makan angin. Ke mana....yang pastinya....tempat yang berangin dan yang betul2 boleh makan angin. Terasa masa tersangat suntuk....sepanjang bulan Ogos ni, terkejar2 sungguh. Tau-tau dah hampir ke penghujung. Ramadhan pun dah nak dekat, tapi bukan bermakna sebulan penuh Ramadhan boleh besilang panggung.....trend kenduri kawin musim raya nampaknya kembali rancak....itu bermakna....kena pandai2 la mengisi Ramadhan dengan aktiviti beribadah dan menyiapkan tempahan.....InsyaAllah semoga dipermudahkan.
Tuesday, August 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment