Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, October 29, 2008

Another Assignment - wedding favors


At this moment, kak tukang dah KIV few dates untuk menyelesaikan beberapa assignment sempena 'musim mengawan' cuti sekolah kali ni. Alhamdulillah tempahan bekas2 plastik transparent kosong (undecorated) dah selamat sampai ke destinasi. Terima kasih pada Marni @ Maybank Melaka Raya sebab sudi mengoder bekas2 untuk majlis kawin adik dia kat Kluang. Terima kasih jugak kat customer "tut" (dia dah pesan siap2 "nama kita jangan bubuh kat blog ye kak.....kita low profile".....ekekekke pulokkkkk!!!!) tak kisah la, x nak bubuh, x nak lah, tapi kak tukang nak tengkiu2 jugak laaaa.....kannnnn

Antara lainnya kerja2 menghias dan menyusun hantaran kawin adik sepupu kak tukang Siti Khadijah @ Eja aka Ijot aka HEJOT (ekekekkeke....jangan mare....nak kawen kang jadi pengantin atas pelamin muka herang-herot!!!!) 23hb November nanti, by this time dah kena get the materials ready laaaa.....pungut sket2, kutip2 dulu mana yang dah ada....bila time nak buat dah senang. Bila mak bapak pengantin (mak long and pak long) diiringi pegawai pengiring kakak dan abang ipar pengantin menyinggah rumah kak tukang siang tadi....

kak zizah : ngah...semalam mak andam (ngandam sekali ngan pelamin) datang tanya
nak gantung pelamin kat mana....kitorang sume suruh sanding kat
veranda luar (pak long baru bikin) tapi Eja tak mo....@#*@#
blaa....blaaa....blaaa

kak tukang : lorrr naper ijot (eja) x mo??? kan senang buat pelamin kat luar...tak
lah sesak...abis tu?? dia nak suruh pasang kat mana??? (tone suara dah
tinggi dah ni....konon kak nam la tu kannn)

kak zizah : kat rumah atas (rumah induk tu rumah papan). Atas tu bukan kukuh sangat
kang orang naik ramai2 tengok pengantin...melendut la pulak lantai tuuu
risau akak laaaa. Eja ckap segan sanding kat luar...orang ramai tengok

kak tukang : ada kerrrrr....x pe, x pe....bior saya cakap ngan ijot. Jangan
ngada2.... buat je pelamin kat bawah ni. Biarlah orang tengok, abis tu
watpe panggil mak andam solek cantik2, bayar ribu2 kalau x nak orang
tengok....(apa lagi kalau dah dapat peluang berleterrrr kannnnn)

: (x habis lagi, sambung meleter sket lagi...)....mak long ngan pak long
camane?? Ok ke kalau ijot sanding kat bawah???

mak long : Aku ni mana la tau....ikut pandai korang lerrrr. Aku tau orang datang
cukup lauk....dapat makan. Yg lain2 gasak korang laaaaaaa

(pak long dah tentu la 'no komen' kannn.....macam style artis2 jawab....ekekekeke)


kak tukang : x pe kak, nanti saya call ijot, jangan ngada2....nanti saya cakap
sendiri ngan dia.

kak zizah : haah...tolong la cakapkan ngah....akak kalau cakap x makan saman
punyerrr....x jalan langsung

kak tukang : ok ok, nanti saya call leter kan dia (wahhh....sket2 nak leter...kemain)

gitu la serba sedikit kisah pelamin ijot. Bab hantaran pulak ijot serahkan bulat2 kat
kak tukang nak bega camane. Nasib ko la jot....jangan ko meraung tengok hasil nyer udah lerrrr....kang ada yang bersanding bengkak mata.....uwaaaaa!! Cuma Ijot sempat memesan....akak buat la ikut selera akak, modern ke, tradisional ke, mende ke...tema kaler pun ijot tak kisah....tapi kalau boleh antara turqoise atau purple laaa....

Ok settt.....as you wished!!!

Assignment seterusnya.....kawan saya Han tempah untuk wedding adik dia awal disember ni (lupa pulak tarikh nyerrr). Hajat Han, nak buat something special sebab ni la wedding yang last, adik bongsu pulak tu. So Han mintak 2 different items pastu isi dalam paper bag. Satu daripadanya bekas transparent square short untuk isi wajik dan dodol, satu bekas lagi nak bubuh gula2. InsyaAllah Han, I'll think about it....since Han pun tak kisah....lagipun 2 kotak besar samples kak tukang tunjuk kat Han untuk dia dapatkan sedikit idea on what she can have for the berkat. So...sume kena tunggggggguuuuuuuuu...........the outcome yekkk!!

Chow!!!

Tribute - Syawal tanpa Ayah


Syawal comes to the end....today is the last day of Syawal.....29 Syawal 1429

Syawal datang dan pergi, setiap tahun samada dinanti atau tidak. Selepas Ayah pergi haritu, tidak seperti Ramadhan, Syawal lah yang seboleh-bolehnya, atau seboleh mungkin nak sangat-sangat kak tukang skip. Tak terdaya rasanya nak melalui Syawal tahun ni, tahun akan datang dan seterusnya. Tapi as time passes by....kak Tukang managed melalui Syawal dengan kesederhanaan. Walaupun terasa kosong, sedikit kemeriahan perlu ditonjolkan jugak, since emak is around with us kan, cukuplah mengadap emak yang sangat2 sedih sayu terkenangkan ayah....kalau kak tukang pun menjeruk rasa...dah tentu emak tak kuat melalui Syawal kali ni.

Petang akhir Ramadan, kak tukang, emak, mak saudara dan beberapa ahli keluarga membersihkan pusara Ayah, Pak Tok, Mak Tok sekali lah dengan ahli2 keluarga kami yang lain. Perkara sama jugak kami lakukan petang menyambut 1st Ramadhan sebelum tu.

Alhamdulillah, kesemua kami 4 beradik dapat bersama meneman emak pada pagi satu Syawal tu kecuali adik lelaki kak tukang satu-satunya yang hanya tiba awal petang yang sama. Kakak sulung dan adik perempuan nombor tiga awal-awal lagi dah ada kat kampung. Bertambah meriah, besan emak,(ibu adik ipar lelaki saya) datang dari Perlis semata-mata untuk menyambut raya bersama kami. Kebetulannya, 3 orang besan perempuan emak dah kematian suami kecuali kak tukang yang bertuah masih boleh menumpang kasih pada bapa mertua. Syukur alhamdulillah, sesungguhnya Allah swt is so Great.....semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kedua mertua kak tukang dan besan-besan mak yang lain....Aminnnnn!!!

Selain dari tu, cucu-cucu emak, mereka-mereka ni la yang menyerikan Syawal kami sebenarnya.....riuh-rendah rumah dibuatnya. Walaupun jauh disudut hati....kekosongan yang ditinggal ayah tak kan mampu terisi....... Kesempatan berada di tanah suci during Ramadan Kareem memang teramat bererti, terasa dekat dengan Ayah, walaupun tak diberi kesempatan terpandangkan kelibat Ayah di sana, sekurang2nya hati rasa puas.....doa dipanjatkan, semoga Ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.....Aminnnnn!!!

Saturday, October 25, 2008

Sekadar Ingatan......


Sedang kak tukang menyelak-nyelak lelaman blog (wahhhhh....puitis sungguh nihhh!!)...ok laaaa, ok laaaa tengah dok selak2 blog2 best, tiba2 terjumpa blog indah ni....sangat indah!!! Kenapa indah??? Indah sebab kak tukang kagum sangat dengan salah satu content blog ni mengenai Surah Waqiah. Kebanyakan dari kita memang aware and maklum sangat pasal surah ni kan....so suka pulak kak tukang nak syer kisah Surah Waqiah kat sini...let's take a look....


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh), (56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Khasiat Surah Waqiah :-

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.


Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya "Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

credit:-
sumber dari http://cili-merah.blogspot.com Terima kasih banyak2 atas info ini


Terima kasih yang tak tehingga.............




Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga mampu kak tukang ucapkan kepada pengunjung blog yang tak seberapa ni dan pelanggan2 setia "Ole-Ole Berkat".....kepada yang sudi berurusan dengan kak tukang, terima kasih daun keladi. Apa-apa saja yang kurang kak tukang mohon maaf banyak2, yang baik tu datang dari Allah swt, segala kekurangan dan ketidakpuasan hati tu dari kak tukang lerrr yek. Semoga dapat terus bekerjasama dengan korang lagi di masa-masa akan datang.....

Friday, October 24, 2008

Berabuk, bersawang.......spider web pun banyakkk!!!


Aiyoyoyo.....'masa'....susahnye nak cari 'masa'. Bukan takde 'masa', tapi tak dapat betol2 luangkan 'masa'.....

kenapa ekkkk????

Wednesday, October 1, 2008