Daisypath Wedding Ticker

Wednesday, October 29, 2008

Tribute - Syawal tanpa Ayah


Syawal comes to the end....today is the last day of Syawal.....29 Syawal 1429

Syawal datang dan pergi, setiap tahun samada dinanti atau tidak. Selepas Ayah pergi haritu, tidak seperti Ramadhan, Syawal lah yang seboleh-bolehnya, atau seboleh mungkin nak sangat-sangat kak tukang skip. Tak terdaya rasanya nak melalui Syawal tahun ni, tahun akan datang dan seterusnya. Tapi as time passes by....kak Tukang managed melalui Syawal dengan kesederhanaan. Walaupun terasa kosong, sedikit kemeriahan perlu ditonjolkan jugak, since emak is around with us kan, cukuplah mengadap emak yang sangat2 sedih sayu terkenangkan ayah....kalau kak tukang pun menjeruk rasa...dah tentu emak tak kuat melalui Syawal kali ni.

Petang akhir Ramadan, kak tukang, emak, mak saudara dan beberapa ahli keluarga membersihkan pusara Ayah, Pak Tok, Mak Tok sekali lah dengan ahli2 keluarga kami yang lain. Perkara sama jugak kami lakukan petang menyambut 1st Ramadhan sebelum tu.

Alhamdulillah, kesemua kami 4 beradik dapat bersama meneman emak pada pagi satu Syawal tu kecuali adik lelaki kak tukang satu-satunya yang hanya tiba awal petang yang sama. Kakak sulung dan adik perempuan nombor tiga awal-awal lagi dah ada kat kampung. Bertambah meriah, besan emak,(ibu adik ipar lelaki saya) datang dari Perlis semata-mata untuk menyambut raya bersama kami. Kebetulannya, 3 orang besan perempuan emak dah kematian suami kecuali kak tukang yang bertuah masih boleh menumpang kasih pada bapa mertua. Syukur alhamdulillah, sesungguhnya Allah swt is so Great.....semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kedua mertua kak tukang dan besan-besan mak yang lain....Aminnnnn!!!

Selain dari tu, cucu-cucu emak, mereka-mereka ni la yang menyerikan Syawal kami sebenarnya.....riuh-rendah rumah dibuatnya. Walaupun jauh disudut hati....kekosongan yang ditinggal ayah tak kan mampu terisi....... Kesempatan berada di tanah suci during Ramadan Kareem memang teramat bererti, terasa dekat dengan Ayah, walaupun tak diberi kesempatan terpandangkan kelibat Ayah di sana, sekurang2nya hati rasa puas.....doa dipanjatkan, semoga Ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.....Aminnnnn!!!

No comments: